Bab 20
Setiap
manusia dilahirkan sempurna. Namun pada pandangan kita, diri ini tidak sempurna
ataupun orang dihadapan kita tidak sempurna atau dia tidak sempurna eh tak
orang kat sana tu lagi teruk. Usah menipu diri sendiri jika tidak pernah
terdetik sedikit pun di dalam hati mengenai hal ini.
Kita
harus ingat sesuatu sebelum menilai orang sekeliling kita. Setiap yang terjadi
itu ditentukan oleh Allah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Sama ada sempurna atau tidak diri kita ini Allah lebih mengetahui mengapa kita
dijadikan begini. Sesungguhnya Allah tidak akan menganiyai hamba-hambanya.
Buku yang dibaca oleh Aleeya ditutup. Sejak
kebelakangan ini hidupnya terasa kosong. Dia mencari sesuatu untuk mengisi
kekosongan itu. Hubungannya dengan Zaril juga dirasakan hilang serinya. Aleeya
tidak lagi bersemangat untuk memikat suaminya. Mereka berdua juga sering pulang
lambat kerana sibuk dengan kerja yang semakin bertambah.
Aleeya
mendapati segala rancangannya hanyalah sia-sia. Mengapa perlu melakukan semua
itu? Jam didinding diperhatikan. 3 pagi. Selimut dikibaskan dan Aleeya menepuk
bantalnya. Dia berbaring, doa tidur dibaca...
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu hendak tidur, hendaklah
dia mengibaskan kain cadarnya kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang
tersembunyi di dalamnya sejak dia meninggalkannya(iaitu jika ada binatang yang
bersembunyi di situ seperti kala jengking dan lain-lain.)
Aleeya tidak dapat melelapkan
matanya. Dia sering kali terjaga. Seolah-lah ada sesuatu yang tidak
mentetearmkan jiwanya. Walaupun begitu akhirnya dia dapat melelapkan mata
apabila selesai sudah mengerjakan solat subuh.
Zaril
terjaga dari tidurnya. Wajah yang sembap diraup. “Ya Allah macam mana boleh
tidur dekat pejabat ni?” Cepat-cepat dia berkemas. Sakit-sakit badannya dapat
dirasakan akibat daripada tidur di tempat yang tidak menyelesakan.
Punat telefon bimbitnya
ditekan, “pa hari ni Ril minta cuti eh. Letih la, tak larat nak kerja. Lagipun
semalam Ril dah settlekan semua kerja. Boleh kan pa?” Setelah mendapat keizinan
dia menghidupkan enjin kereta.
Kaki kanan melangkah dahulu memasuki rumah
seiringan dengan basmalah. Melihat Aleeya yang kelihatan sugul menonton
televisyen menghairankan Zaril.
“Leeya
tak kerja ke hari ni?” Kata Zaril yang tiba-tiba itu memeranjatkan Aleeya.
“Eh
bila kau balik?” Adush...kau lagi ! “Alaaa susahlah panggil abang, aku tak
bersedia lagi untuk semmua ni.”
Zaril ketawa... “Kau yang nak
sangat panggil abang. Aku tak kisah pun tapi rasa pelik tu memang ada lah.”
Dua-dua kelihatan mendiamkan diri. “ Leeya sampai kau betul-betul sedia untuk
menjadi seorang isteri barulah kau gunakan panggilan abang untuk aku. Aku tak
kisah selama mana pun. Sebab aku tahu sampai tibanya waktu itu kau dengan
sendirinya akan menggunakan panggilan tuh dengan sejujurnya.”
“Ni
pun salah satu trick nak ngorat aku ke?”
“Terserah
pada kau nak kata apa. Ok la aku nak naik atas.”
Nafas
berat dilepaskan oleh Aleeya. “Tapi aku dah bosan dengan semua permainan ni.”
Jam
berdetik tanpa belas kasihan meninggalkan orang-orang dibelakangnya.
Orang-orang yang tidak tahu menghargai masa.
Bosan menonton tv Aleeya bangun dan menuju ke biliknya.
Di bilik dia menelentangkan
badannya. Gayanya tidak ubah seperti orang yang sudah tidak punya tujuan untuk
hidup. Tapi kenapa tiba-tiba berubah sampai ke tahap macam ni? Sudah puas
memandang lantai dinding di atas akhirnya dia terlelap.
Zaril membersihkan dirinya.
Letih seharian bekerja eh mana ada kerja hari ni tulis balik. Letih semalam
berkerja (haha). Pancuran air yang membasahi tubuh badannya dirasakan amat
segar sekali.
Habis sudah menyejukkan badan
dan menyarungkan pakaian Zaril baring di atas katilnya. Perlahan-lahan kelopak
matanya terkatup sendiri.
Tepat
jam 2 petang Zaril terjaga. Perutnya bekeroncong. Sarapan dia tidak menjamah
apa memandangkan dia tertidur di ruang pejabatnya. Sudah tentu masuk tengahari?
Petang dia terasa lapar.
Habis
setiap pelosok dapur dijelajahi hanya untuk mencari makanan. “Aish berapa lama
aku ni tak ada dekat rumah, setahu aku setiap hari ada. Tapi kenapa satu
makanan pun tak ada. Aku lapar !!!” Merengek seperti budak-budak yang kelaparan.
“Mana
Leeya ni? Asal dia tak beli barang-barang dapur.” Zaril membawa kakinya menuju
ke atas kembali untuk mencari Sang Ratu.
“Uih,
nyenyak lagi tidur. Apa nak jadilah dengan anak dara sorang ni. Eh dah kahwin
pon dara lagi ke? Argh... persetankan itu semua dia je yang masih dara.” Ketawa
kecilnya meletus. “Oii Leeya bangun lah ! Kau dah soloat zuhur belum ni? Dah
masuk pukul lima!”
Terus
terangkat tubuh Aleeya. Psikologi macam mak selalu buat, baru pukul 2 auta
cakap pukul 5 ceit ! Akibat bangun secara mengejut membuatkan kepalanya
berdenyut kesakitan. “Argh... dah pukul liuma betul ke? Aku tak solat zuhur
lagi ni. Ya Allah ampunilah aku. Astaghfirullah, astaghfirullah,
astaghfirullah.” Cepat dia turun dari katilnya dan menuju ke tandas untuk mengambil
wudhuk.
Sang Raja yang sedari tadi
hanya memerhati, terkebil-kebil kelopak matanya. Waaa dahsyat sungguh
penangannya ! “Eh, Leeya kau nak solat apa tuh?”
“Nak
qada’ zuhur lepas tuh solat asar lah kenapa?”
Raja
tersengih memandang wajah polos Si Ratu. “Sekarang baru pukul dua wei. Zuhur
tak habis lagi...hehe.”
“Huh?”
Aleeya mencari jam ingin melihat jarum jam menghala ke angka berapa. Lihat
sahaja jam tersebut dia menarik nafas lega. Syukur alhamdulillah. Nasib baik
sempat lagi nak tunaikan solat zuhur. “Kau ! Tunggu aku siap solat nanti aku
belasah kau cukup-cukup.” Berkata-kata dengan muka yang bengis.
Angin sepoi-sepoi membelai
rambu Aleeya. Permandangan rumahnya dipandang sepi.
“Woi, kau buat apa duduk termenung je nih. Tak ada
faedah langsung. Kau tak kerja hari ni kenapa?”
“Sibuk
tanya orang, kau tak kerja juga hari ni kenapa?”
Eh
eh aku tanya dia pun nak tanya juga. Sebelah kening Zaril terangkat. “Kau sibuk kenapa nak tahu? Jawab soalan aku
dulu.”
“Same
goes to you. Kau sibuk kenapa?” Huh aku tak ada mood nak jawab soalan hari ni.
“Ek eleh dia ni. Fine, aku tak kerja hari ni
sebab aku OT semalam. Aku penat aku minta cuti lagipun kerja untuk minggu ni
aku dah settle kan. Now it is time to you to answer my question.”
Aleeya
diam sejenak. “Entah. Aku tak ada perasaan nak pergi kerja. Aku terasa kosong,
macam ada sesuatu yang aku tak selesaikan lagi. Tak tahu jiwa aku rasa kosong !
Kosong ! Kosong ! Kau tahu tak kosong tu apa? Kosong? Tau tak kosong?”
Atas kepala Zaril kelihatan 2
ekor bururng kecil berterbangan membuat pusingan berserta dengan
bintang-bintang kecil yang berkerlipan. Ffuuu pening kepala otak aku nak
tafsirkan kata-kata orang separuh gila? “Kosong? Berapa banyak kosong kau nak
sebut huh? Pening pening pening. Give me 5 min to settle down.” Tangan berada
di kepala seperti mahu memberhentikan rasa pening tersebut. Apa kena dengan aku
ni? Kosong da otak aku Leeya buat huh, tak guna betul.
Akhirnya
dia terbaring di atas kerusi yang berada di laman rumah mereka seperti orang
pengsan. “Ok jom ikut aku. Cepat.”
Aleeya
yang masih bingung yang menurut arahan Zaril yang laju langkahan kakinya
memasuki rumah.
Bab
21
Alunan ayat-ayat Al-Quran
bergema di segenap ruang bilik. Zaril khusyuk memandang kitab bagi memastikan
bacaan Aleeya tepat tajwidnya. Bergilir-gilir mereka membaca surah-surah yang
ada di dalam kitab suci itu. Apabila Zaril membaca Aleeya akan memantau bacaan
Zaril dan sebaliknya.
Hampir
satu jam setengah mereka berada di dalam bilik itu. Tiada penawar yang lagi
mujarab bagi menenangkan jiwa selain bertafakur dan mengalaunkan ayat-ayat
Allah. Selesai membaca surah terakhir, kitab Al-Quran dijunjung.
“
What do you feel right now?” Tanya Zaril.
Sambil
tersenyum Aleeya menjawab, “happy. Gembira tak terkata. Baca Al-quran sambil
diperhatikan tajwidnya oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Gembira sebab
tak disangka-sangka seorang suami mengajak isterinya membaca Al-quran.
Bersyukur sebab diberi seorang suami yang bijak dalam perihal agama.”
Merah
muka Zaril mendengar setiap pujian yang diberikan oleh Aleeya. Membahang terasa
mukanya. Malu yang sukar diluahkan. Aku ingat dia nak kata dia tenang je.
Takpun cakap jiwa dah tak rasa kosong macam tadi. Ni apa dia melalut ni? Nak
perli aku ke apa? “Errr, apa-apalah.
Jiwa kau dah tak kosong?”
“Hmmm,
baru sekali baca takkan tiba-tiba dia terisi. Kena buat selalulah. Sikit-sikit
lama-lama jadi bukit. Tapi kenapa kau ajak aku baca Al-quran?” Walaupun jiwanya
masih terasa seperti dia kehilangan sesuatu tapi dia dapat mencipta memori yang
indah hari ini.
“Well,
bila kita mula terasa seolah-olah hidup ni dah tak bermakna dan kita mula
merasakan kekosongan tak salah kita
memilih jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Apa yang kau rasa aku
pernah alami. Bila tiba-tiba aku tak ada semangat untuk melakukan sesuatu itu
dengan bersungguh-sungguh dan terasa seolah-olah diri ni terasing.
Aku ambil Al-Quran aku baca.
Untuk pertama kali memang aku tak dapat rasa apa-apa perubahan. Tapi bila
selalu dipraktikkan akhirnya aku dapat faham kenapa orang-orang yang warak
selalu kata betapa ruginya orang yang tidak pernah membaca Al-quran. Aku
akhirnya faham betapa gelisahnya seseorang itu bila dia tidak melakukan solat
lima waktu sehari. Aku faham semua tuh.
Secara peribadinya aku dapat
rasakan orang yang tak pernah solat lima waktu dia memang tak akan faham
perasaan ni. Walaupun kita dengar orang kata siapa yang tidak solat dia akan
rasa resah. Hakikatnya kalau kita tengok orang yang tak pernah solat boleh
bersuka ria hidup dekat dunia tanpa ada rasa apa-apa. Itu sebab dia tak
teringat langsung pada Allah. Mindset diorang hidup kat dunia ni sekali je,
jadi kita kena enjoy sepuas-puasnya. Tapi kalau kita buat research apa tujuan
hidup dekat dunia nih tak ada siapa dapat jawab tujuan dia. Melainkan dia percaya
pada Allah. Dia tahu hidup di dunia yang sementara ini bertujuan untuk
beribadah padaNya.
Konsep ibadah itu bukan hanya
pada solat lima waktu. Pergi kerja mencari rezeki itu ibadah. Belajar itu
ibadah. Setiap perkara yang baik itu ibadah. Allah tidak terhadkan ibadah itu
hanya solat. Buka minda luas-luas dan kita akan nikmati makna ibadah itu secara
keseluruhan. Dari situ kita akan mula menikmati hidup ini dengan bersederhana,
tenang dan gembira.”
Dakwah
secara tidak langsung Zaril ni benar-benar membuat Aleeya terpesona. Dia tidak
menyangka lelaki dihadapnnya ini mempunya ilmu yang sangat luas. Dia mengaku
walaupun dia berhijab menutup aurat hakikatnya dia masih lagi jahil tentang
agama. Mungkin setiap hari dia mengerjakan solat lima waktu tapi dia lupa untuk
menghayati dan memahami islam dengan lebih mendalam. “Bersederhana eh? Rumah
yang kita duduk ni kau buat glass view. Kereta jaguar kat luar tuh mahal.
Bersederhana dari segi mana eh?” Sengaja Aleeya mengagah pendirian Zaril.
“
Aku pun manusia biasa. Sebaik mana sealim mana pun aku masih ada nafsu
berkeinginan memiliki semua nih. Tapi untuk pengetahuan kau, aku kerja kuat
banting tulang dari aku kat U kumpul duit nak beli jaguar tuh ! Bukannya sebab
keluarga aku ada syarikat jadi aku senang-senang minta duit beli kereta. Aku
berusaha baru dapat beli kereta tuh. Rumah ni lain cerita. Tapi ni rumah teres
je bukan banglo sederhana la tuh aku cuma tukar jadi glass view je tu pun tak
adalah satu rumah ni glass. Yang kau saja tanya benda-benda ngarut ni kenapa?”
“Hehehe
tak ada apa-apa. Anyway, it’s good to hear such a wonderful thing from you. My
heart at peace now. Terima kasih sebab buka minda aku untuk lebih mendalami
Islam. Terima kasih sebab buat aku rasa nak berusaha lagi kuat untuk mencapai
tujuan aku hidup dekat dunia ni dan bersiap sedia untuk menghadapi akhirat.”
Aleeya mendekati Zaril dan mencapai tangan lelaki itu. Dia menundukkan
kepalanya dan perlahan menyalami serta mencium lembut.
At
the same time perut Zaril berbunyi. Can you imagine? Baru nak buat sketsa
romantis dah ada spoiler. “Aku lapar la... penat bercakap serta sangat haus !”
“Bhahaha,
dah jom r kita makan dekat luar. Aku belanja.” Bersinar-sinar kelihatan mata
Zaril apabila dengan senang hatinya Aleeya berkata ingin belanja dia makan a.k.a
semua Aleeya bayar yeah !
‘(yaitu) orang-orang yang
beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah,
hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.’ [Surah Ar-Ra’d: 28]
Ais
krim yang hampir meleleh ke tangan cepat-cepat di jilat oleh Zaril. “So, esok
kau kerja tak?”
Aleeya
yang berjalan disebelah asyik memerhatikan sekelilingnya. Entah apa yang dia
teruja sangat pun tak tahu. “ Huh, kerja? Tak kot. Aku ingat nak berehat je
dekat rumah. Tenang kan fikiran. InsyaAllah bila aku rasa tenteram balik jiwa
dah berisi aku kerja.”
Mereka
berjalan lagi beriringan mengelilingi pasaraya Tesco. Sesekali jalan berdua
macam ni memang seronok. Beli belah barang dapur borak-borak. Dapat juga dia
mengetahu isu semasa Zaril. Ini tak dua-dua sibuk. Tapi... rasa macam tak
sempurna lagi lah. Mata Aleeya melirik ke arah tangan Zaril yang berada dalam
poket seluar.
Zaril
menoleh memandang sebelahnya. Aleeya yang sedang tertunduk sambil tersenyum
bahagia. Tiba-tiba dia terasa segan. Jantung mengepam dengan laju. Kenapa pula
dia berasa malu bila Aleeya memeluk lengannya?
“You
know Zaril, I think I’m ready to call you abang. Jom pergi situ aku nak beli
shampoo.” Aleeya melepaskan pengangannya. Tapi Zaril menggenggam tanggannya.
Aleeya senyum. Huarghh ... macam orang baru bercinta! Hahahaha.
But
in the other hands Zaril blushing ! Waaaa suka gila tengok lelaki malu XD
P/s: Sorry for the super late entry hehe. Macam-macam dah berlaku sepeninggalannya blog ini haish... We need to be strong :D
Pp/s: Terpengaruh watak lelaki dalam manga yang selalu blush hahaha macam mcm kt bwh ni.








